:
INFO BATU KURAU

MTQ ADDIN VOKASIONAL 18 BATU KURAU
 
Maahad Tahfiz al Quran Wal-Qiraat ADDIN Vokasional 18 Ehsaniah
Kampung Anak Kurau 34500 Batu Kurau
Perak Darul Ridzuan
 
Tahun penubuhan : 2018 ( Tahfiz Vokasional )
 
Cawangan yayasan ADDIN:
▶️ 24 cawangan keseluruhan
▶️ 4 darinya Vokasional
▶️ 1 cawangan vokasional wanita di MTQAV 18 B.Kurau
 
Kelayakan pelajar ke MTQAV 18 Batu Kurau:
✅ Wanita sahaja
✅ Berusia 16 hingga 21 tahun
✅ Tempoh pembelajaran maksimum 3 tahun
✅ Boleh membaca Al-Quran.
 
Pembelajaran yg ada di MTQAV 18 Batu Kurau:
  •  Tahfiz (Hafazan dan ulangan Al-Quran) teori dan praktikal 70%.
  •  Kemahiran (Jahitan dan masakan) dengan kerjasama KEMAS dan RESDA) teori dan praktikal 20%.
  • Diniah ( klinik tajwid/talaqi, klinik khat, fiqh sunnah, fiqh wanita, ilmu dakwah, tasawwuf/akhlak, praktikal solat, praktikal jenazah, dan praktikal sembelihan, praktikal haji) teori dan praktikal 10%.
 
Sijil yang disediakan:
✅ sijil hafazan ( khatam / Shahadah )
✅ sijil kemahiran
Antara aktiviti-aktiviti didalam dan diluar MTQAV 18:
✅ Pertanian (tanaman pisang dan nanas)
✅ Pertandingan sukan pingpong, badminton, congkak, karem, Jutaria, catur, dll
✅ Sukan memanah (klub kembara Batu Kurau)
✅ Sukarelawan (menziarahi warga emas dan uzur)
✅ Klub Bomba
 
Pencapaian MTQAV 18 Batu Kurau:
  • 2018; melahirkan 9 orang pelajar Hafizah dan lulus ujian khatam.
  • 2019; melahirkan 13 orang pelajar Hafizah 11 orang lulus ujian khatam
  • 2020; melahirkan 24 orang pelajar Hafizah 20 orang lulus ujian khatam
 
Kolaboratif:
 
Pada Januari 2018, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN Perak ( Yayasan ADDIN ) mengorak langkah maju kedepan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan KEMAS dan RESDA bagi teori dan kemahiran serta mendapatkan tenaga pakar untuk tujuan pengajaran kamahiran jahitan dan masakan. Selain itu, lanjutan bagi pelajar lepasan MTQAV 18 boleh menyambung pengajian di USAS di (Kuala Kangsar) dan IKDAR di ( Taiping ) untuk mengambil SPM ( fast track ) ataupun menyambung pengajian diploma yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat mengambil Diploma Tahfiz Qiraat serta bidang kamahiran yang disediakan di tempat pengajian tersebut.
 
Yayasan ADDIN telah bersedia untuk bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi melaksanakan agenda Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ( PISH ) yang dipengerusikan oleh EXCO Agama Perak iaitu menggabungkan bidang tahfiz dan kemahiran dalam satu masa pengajian yang tersusun modul dan sukatan pelajarannya yang kita namakan sebagai Tahfiz Vokasional.
 
 
hubungi kami untuk keterangan lanjut:
Pengetua MTQAV 18 Batu Kurau
No. 123 Kampung Anak Kurau 34500 Batu Kurau, Perak
Tel: 013-5648812
Pej: 05-8880155 (Ustaz Zaki)
 
Atau
 
Pegawai Pendaftaran
Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN
80B, Jalan Lang Indah 1A,
Pusat Perniagaan Lang Indah
30010 Ipoh Perak
Tel: 0195749614 (Puan Adilah)